Syarat wajib puasa
- Islam
- Akil baligh, tidak wajib puasa ke atas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh
- Suci daripada haid dan nifas
- Tinggal tetap (tidak bermusafir)
- Mampu untuk berpuasa (orang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)
Rukun puasa
- Niat di waktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.
- Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sah puasa
- Beragama Islam. Orang kafir tidak sah puasanya
- Suci dari haid dan nifas
- Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak ( yang tahu membezakan baik dan buruk )
- Berpuasa pada waktunya
Jenis2 puasa
- Puasa wajib
Puasa fardhu atau puasa di bulan Ramadan telah diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang berakil baligh serta telah memenuhi syaratnya. Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi ibu bapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan. Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka dihukum murtad.
- Puasa sunat
Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredhaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharamkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.
Jenis-jenis Puasa Sunat
- Puasa sunat di bulan Syawal. Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu selepas hari raya pertama, ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam bulan Syawal.
- Puasa sunat di bulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah 8 haribulan.
- Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah ( hari Arafah ).
- Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1 haribulan hinggalah pada 9 haribulan (sunat Tausa’ ).
- Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram ( sunat ‘Asyura ).
- Puasa sunat di bulan Rejab ( keseluruhan bulan Rejab ).
- Puasa sunat di bulan Syaaban ( keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak ).
- Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
- Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hijrah ( Islam ).
- Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan-bulan Hijrah ( Islam ).
- Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka dan pada esok harinya ia berpuasa semula.
- Puasa Qada
Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya
- Puasa Nazar
Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.
- Puasa Kifarat
Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut :
- Bersetubuh dalam bulan Ramadan dan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
- Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan sengaja maka kifaratnya ialah berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
- Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat digantikan dengan menyembelih binatang.
- Kifaratnya berpuasa selama 3 hari di Tanah Suci dan 7 hari di negara sendiri.
- Kifarat kerana menziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut.
Sunat puasa
- Menyegerakan waktu berbuka.
- Berbuka dengan buah kurma atau air susu atau sesuatu yang manis.
- Melewatkan waktu makan sahur.
- Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, membuat fitnah dan memperkatakan keaiban orang lain.
- Mengerjakan solat terawikh secara berjemaah pada waktu malamnya ( Ramadan )
- Bertadarus ( membaca Al-Quran ) pada tiap-tiap malam Ramadan.
- Membanyakkan berdoa, berzikir, berselawat dan beristighfar di waktu malamnya.
- Ber’iktikaf di masjid terutama pada malam, malam 10 yang akhir Ramadan.
- Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
- Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka puasa.
- Mengawal diri daripada mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Makruh puasa
- Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari
- Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor
- Merasa makanan dengan lidah
- Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedahan aurat
- Berbekam
- Memakai bau-bauan atau mencium bauan
- Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan sesuatu kerjapun
- Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.
Batal puasa
- Makan dan minum dengan sengaja
- Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
- Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
- Bersalin
- Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
- Kedatangan haid bagi perempuan
- Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
- Murtad
Haram puasa
- Berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri ( 1 Syawal )
- Berpuasa pada Hari Raya Aidil Adha ( 10 Zulhijjah )
- Berpuasa pada hari-hari Tasyrik ( 11, 12, dan 13 Zulhijjah )
Hikmah puasa
- Berpuasa dapat melatihkan diri untuk menjadi seorang yang dekat dengan Allah.
- Berpuasa dapat menahan diri dari mengikut keinginan hawa nafsu keduniaan.
- Berpuasa dapat menginsafkan diri sendiri dalam mengenangkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah.
- Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita.
- Berpuasa dapat mendidik diri jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah serta suruhan yang lain-lainnya.
- Berpuasa dapat menyucikan diri dan dapat meninggikan tahp keikhlasan hati.
- Berpuasa dapat melatih diri supaya bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah terhadap kita.
- Berpuasa dapat melatih dir agar menjadi seorang yang amanah.
- Berpuasa dapat memelihara diri dari terjatuh ke dalam lembah maksiat dan dosa.
- Berpuasa dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan tolong menolong terhadap sesama insan terutama kepada fakir miskin, anak yatim, orang yang melarat dan sebagainya.
- Berpuasa dapat menyihatkan badan dan melatih diri untuk hidup lebih berdisiplin.
- Berpuasa dapat menguatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
- Berpuasa dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan akan keredaan Allah maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
- Berpuasa dapat menimbulkan perasaan indaf dan belas kasihan orang-orang kaya terhadap golongan miskin yang sentiasa hidup menderita kelaparan dan dahaga.
0 comments:
Post a Comment