MOGA-MOGA ANDA BERGEMBIRA SELALU
Petikan kata-kata
Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
L/belakang Syed Mokhtar
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi
pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks
Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan
Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap
tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana
ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya
sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau
menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan
sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang
Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang
dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah
ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak
mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui
jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana
mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang
faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila
sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan
lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat
berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini
sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,
New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa
di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita
untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai
diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah
14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang
Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi
untuk maju kita perlu berusaha
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu
saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya
bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila
kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya
hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang
baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi
saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak
kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah
kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang
tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau
RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan
mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri
sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang
berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak
meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata
orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal
asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal
dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau
hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada
apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain
boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama
seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada
jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi
nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu
mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong
orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita
tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena
cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab
sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.
Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,
boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya
berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau
saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh
bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci
kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.
Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah
besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena
bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.
Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada
segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan
hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh
buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh
pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang
ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain
merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana
perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti
beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.
Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan
Thursday, October 16, 2008
Tips penting
Posted by SK Tikam Batu at 1:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment