? ??????????????Lightning? ????? ?? ???Rating: 4.1 (234 Ratings)??560 Grabs Today. 41902 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Gorgeous Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??556 Grabs Today. 32395 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, July 1, 2009

Baca dan fahami

Di zaman moden kini banyak perkara-perkara yang merbahayakan keselamatan kita...Manusia semakin kejam..KES RAGUT, ROMPAK, SAMUN, CABUL, ROGOL DAN BUNUH...dan bermacam jenis jenayah lagi saban hari dilaporkan di media massa..Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada satu berita yng melambangkan manusia semakin kejam. Kita Tidak perlu pergi jauh untuk melihat jenayah yang kejam ini. Tidak perlu ke U.S untuk melihat jenayah-jenayah ini berlaku,cukup kita melihat didalam negara kita yang tercinta MALAYSIA.

Pelbagai langkah keselamatan disediakan oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tetapi sejauh manakah kita sebagai warga Malaysia yang mengambil berat terhadap langkah-langkah pencegahan yang telah diberi.

Tempat di mana sering berlaku

  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
  • Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku:

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Melatakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Cara Pencegahan;

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika mandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
  • Elakkan dari berjalan ditempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu diperhentian bas dan menjawab telefon/sms.

0 comments: