? ??????????????Lightning? ????? ?? ???Rating: 4.1 (234 Ratings)??560 Grabs Today. 41902 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Gorgeous Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??556 Grabs Today. 32395 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 13, 2009

KITA MISKIN CINTA DAN KASIH SAYANG

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta meraka hanya terbatas pada orang,kaum dan benda tertentu. Bila kita sebut pemuda ,semestinya orang akan kata mencintai gadis. Bila kita sebut orang kaya,dia perlu mencari harta. Maka setiap haluan hidup ditujukan pada yang tercinta.

Bila kasih sayang 100 % untuk kekasihnya,harta dan jawatannya,orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang,kerana cinta itu tidak terhad. Bila sahaja berhadapan dengan orang yang dicintai,orang lainnya dilihat seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan,sedikit pun tidak diendahkan.
Namun begitu untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi. Lalu bagaimana dengan sikap tolong-menolong,kasih mengasihi terhadap saudara mara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang yang tertentu dan hanya diasasi oleh material semata-mata.
Kerana itu manusia kini miskin cinta kerana cinta itu terhad untuk harta ,jawatan dan wanita dan kaum kerabat. Kisah peperangan di negara jiran tidak dihiraukan kerana cinta hanya terhadap negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.
Perompak yang melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana ; mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza. Ingatlah ketika jenazah kita di suatu hari nanti hendak dikebumikan,siapa lagi membantu saudara kita yang tidak pernah dikasihi di dunia dahulu,yang menurunkan ke liang lahad.
Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas,sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini,pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain,harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.
ingatlah Allah tidak pernah membatakan sifat Rahmannya pada manusia tertentu. Nabi Muhammad S.A.W juga tidak datang hanya untuk satu kaum dan bangsa. Maka bersahabatlah dan bersilaturrahim kepada semua manusia. Jangan cinta harta,pangkat,kekasih kita tidak berpeluang mencintai yang lain...
Marilah kita sama-sama renungkan...

0 comments: