? ??????????????Lightning? ????? ?? ???Rating: 4.1 (234 Ratings)??560 Grabs Today. 41902 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Gorgeous Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??556 Grabs Today. 32395 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 11, 2009

Bicara kenangan

Semalam, pakcik Azzam betul - betul menghiburkan. Tidak seperti selalu. Selalunya, setiap kali selepas mendengar kata - katanya, aku terasa seperti mahu jatuh sakit. Mahu demam, muntah, pening - pening serta kebas - kebas seluruh badan. Tidak lain adalah kerana setiap kata - katanya benar - benar buat aku menjadi pemikir, setiap kali aku membuat kesimpulan, setiap kali itu juga seolah - olah ada bebanan sebesar gunung ganang menghempap tubuh ku hingga terasa mahu ranap lalu hancur semua.

Tapi semalam pak cik seolah - olah mengerti yang aku sedang gundah.

“Mahu tahu kenapa Rasulullah tidak membuat markas latihan perang bagi para sahabat?” Pakcik bertanya. Acuh tidak acuh saja reaksiku.

“Kerana itu bukan keperluan.”

Menurut pakcik, apa perlunya melatih ilmu perang untuk orang – orang yang sudah sedia mahir dan ahli dalam peperangan? Mereka semua adalah perajurit, dan senjata adalah sebahagian dari hidup mereka. Begitu juga kuda, sehinggakan mereka ini tidak mengucapkan selamat kecuali pada hari kelahiran anak atau kelahiran seekor kuda!

“Ada latihan yang Rasulullah pernah buat, itu pun baginda buat pertandingan kuda – kuda kurus dengan kuda – kuda yang tidak kurus.” Kuda tidak kurus? Kenapa tidak disebut kuda gemuk saja? Fikirku, dan kemudian tersengih.

“Ternyata kuda – kuda kurus dapat menempuh perjalanan yang lebih jauh berbanding kuda – kuda ‘gemuk’ “ Entah kenapa aku terasa geli hati dengan nadanya.

“Oh, ada lagi latihan yang Rasulullah pernah buat. Rasulullah pernah beradu siapa berjalan lebih cepat dengan ‘Aisyah.” Dan kali ini aku terasa lucunya semakin menjadi.

Pakcik diam sejenak seperti berfikir. Kemudian dia meluahkan apa yang sedang difikirkannya. Rupanya, pakcik membuat perbandingan. Tidak ada diantara sahabat yang mengalami masalah obesiti, sebagaimana yang ada dikalangan kita. Tidak ada kata rehat dan santai bagi mereka (sahabat) yang bukan setakat membunuh mental, juga turut sama membunuh rohani dan jasmani. Tidak ada hal – hal itu pada mereka. Mereka makan dua kali sehari, sekali setelah matahari naik, dan sekali lagi sebelum matahari terbenam. “Shabuuh; adalah makanan yang mereka makan pada pagi hari, ghabuuq pula makanan yang mereka makan pada petang hari.” Kemudian aku dengar dia mengeluh dan berkata, “Nak buat macam mana, kita ni, tugas dan kewajipan yang kita kena buat semakin banyak, kita dilanda kesibukan dan kita buat kerja jihad lebih banyak dari mereka, jadinya sebab itulah waktu makan kita tambah satu lagi jadi tiga kali sehari.” Tertangkap nada sinis dalam kata – katanya, dan aku melihat ada simpul senyum pada raut wajah pakcik.

“Tengok saja orang perempuan zaman sekarang. Bandingkan dengan ‘Aisyah!” Aku terpana, bagaimana mahu dibandingkan? Kemudian pakcik bercerita tentang bagaimana ‘Aisyah dibawa di dalam tandu yang diletakkan dibelakang unta. Sahabat sampai – sampai tidak tahu adakah ‘Aisyah ada dalam tandu atau tidak menunjukkan betapa ringannya ‘Aisyah. “Adapun sekarang ni.... Alhamdulillah! Kebanyakan wanita sungguh.... MasyaAllah!! Badannya seperti kenderaan lapis baja.” Aku tertawa, walaupun aku tidak memahami apakah kenderaan lapis baja itu, tapi sungguh, perumpamaan itu amat menarik perhatian. Bagi pakcik sebab mereka jadi begitu adalah kerana mereka punya pembantu, tidak lagi menyusui anak – anak, mereka tidak mencuci pakaian kotor dan tidak lagi pernah menyapu. Apa yang mereka lakukan adalah meletakkan kaki sebelah di atas kaki lain sambil menunggu datangnya majalah yang akan dibacanya atau sambil menonton acara tv dan sebagainya. Bila suami meminta bantuan, maka dia akan berkata, “Ibn Hazm mengatakan bahawa wanita tidak berkewajiban untuk membantu.” MasyaAllah!! Dia wanita yang ‘pandai’!! ‘Pandai’ sekali!! Semoga Allah membantu lelaki yang menikah dengan wanita yang ‘pandai’ ini!

Aku yakin bukanlah maksud pakcik menghina wanita, cumanya pakcik ingin menegur aku ini, yang kadang kala terbawa dengan sikap ambil mudah dan tidak acuh. Seolah – olah punya tugasan yang amat besar, tetapi sebenarnya bila dibandingkan, apalah sangat yang pernah aku lakukan berbanding sahabat.

Pakcik menyambung lagi, bercerita tentang sahabat. Kata pakcik, para sahabat dulu, mereka ini adalah orang – orang yang sentiasa siap. Aku menggambarkan, kayaknya seperti pengakap muda dengan slogan mereka ‘Selalu Sedia’ atau mahasiswa mahasiswi PALAPES. Pakcik menegur, “Tapi perajurit sekarang... entahlah, mungkin mereka terlupa kenapa dan apa sebabnya mereka mengusung senjata sambil menghentak – hentak kaki di tempat yang sama. Kenapa, nak kemana, untuk apa?” Aku tertawa kerana teringat pernah bertungkus lumus belajar dan berlatih kawad senjata. Berpanas, berhujan hingga hitam lengit muka tidak kisah. Semua tu kerana untuk perbarisan hari kebangsaan atau pertandingan kawad senjata kadet. Lagi? Entah, aku pun tak pasti.

Sahabat dulu tidak pernah berenggang dari senjata kerana senjata adalah sebahagian dari kehidupan mereka. Mereka ni tak pernah mengabaikan latihan peribadi mereka. Siapa yang tak boleh menunggang kuda? Siapa yang yang tak pandai guna pedang dan tombak? Siapa yang tak boleh memanah? Semua ni biasa bagi mereka, bahkan juga adalah kebiasaan bagi kaum wanita. “Kamu tahu kaitan Ummu Sulaim dalam perang Hunain?” aku menggeleng.

An Nawawi kata Ummu Sulaim adalah bibik susuan Rasulullah. Semasa perang Hunain, Rasulullah ternampak Ummu Sulaim sedang memegang parang di tangan. Baginda bertanya kepada Ummu Sulaim, “Apa tu Ummu Sulaim?” Jawab Ummu Sulaim, “Inilah parang yang akan aku gunakan untuk membelah perut orang – orang yang lari meninggalkanmu ya Rasulullah!” Maka Rasulullah berkata kepada Abu Thalhah, suami Ummu Sulaim sambil tersenyum, “Apakah engkau mendengar apa yang dikatakan wanita bermata rabun ini?”

Pada fikiranku, Ummu Sulaim sangat hebat. Walaupun sudah tua, masih mahu bersama ikut perang, dan turut sedia mahu menghayunkan senjata. Dan ramai lagi sebenarnya sahabiah yang pemberani seperti Ummu Sulaim ini.

Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Tidak takut dan gentar, dan sentiasa bersedia untuk memperjuangkan agama ini. Juga, aku tidak mahu larut dalam leka dan kerehatan yang mematikan ruh jihad ini. Ya, mungkin kadang kala tanpa aku sedar, aku terhanyut oleh dugaan yang remeh dan kecil. Kerana, taufan ribut lebih senang dikesan berbanding angin bayu yang bertiup sepoi – sepoi, yang indah dan mengasyikkan. Terima kasih pakcik. Sungguh, aku adalah manusia lemah yang sentiasa perlu diingatkan. Resah gelisahku tadi, ingin segera aku padamkan. Sungguh, aku tidak merasakan aku sudah lebih banyak berjihad berbanding para sahabat.

“Kita akan selalu mengenang dan bercermin kepada mereka, kerana sungguh, kenangan itu adalah umur kedua manusia.” – Dr Akram Ridha

0 comments: