? ??????????????Lightning? ????? ?? ???Rating: 4.1 (234 Ratings)??560 Grabs Today. 41902 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Gorgeous Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (146 Ratings)??556 Grabs Today. 32395 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU

"SELAMAT HARI GURU" diucapkan kepada semua guru-guru MMMK khususnya dan semua guru diseluruh negara amnya..Tema tahun ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Tema hari guru sebelumnya ialah seperti berikut kelik disini

Guru
Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam tawa ada mesranya
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina
Semoga berbahagialah menjadi GURU
Selamat Hari Guru

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

0 comments: