Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Masa Anda Ketika Ini
Saidina Uthman berkata
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:• Hatinya selalu berniat suci• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia
Kem Bestari Solat
Lawatan Ke Alor Setar
MISI SEKOLAH
Menyediakan guru-guru berpengalaman dan terlatihMeningkatkan tahap profesionalisme guru-guru dan kakitangan melalui kursus dan latihan dalamanMemelihara iklim persekolahan yang cantik, selamat dan kondusifMelahirkan murid-murid yang cemerlang, berketrampilan dan berakhlak muliaMewujudkan hubungan yang baik sesama guru/kakitangan sekolah dan masyarakat luar
SEJARAH SEKOLAH
1912 Sebuah bangunan yang diperbuat daripada bertam dan nipah didirikan sebagai asas tapak Sekolah Melayu Tikam Batu Pengasasnya : Datuk Penghulu Mat &Tuan Hj Mat Arshad 1913 Empat orang guru mula bertugas termasuk Guru BesarJumlah Murid seramai 60 orang 1946 Jemaah Lembaga Sekolah telah ditubuhkan dan dianggotai oleh :En Yaasin& En Jahaya 1952 Sebuah bangunan papan beratap genting (Blok A dan sebuah rumah Guru Besar dibina) 1956 Sebuah bangunan tambahan didirikan (Blok C) 1978 Sebuah bangunan dua tingkat dibina yang mengandungi pejabat dan sembilan bilik darjah (Blok D) 1988 Bangunan tambahan tiga bilik darjah didirikan (Blok E) 1998 Pelancaran Laman Web Sek Keb Tikam Batu dan Pameran IT oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Menteri Pendidikan Malaysia 1999 Penambahan bangunan tiga tingkat mengandungi makmal, bilik kemahiran hidup dan enam bilik darjah 2008 Penambahan bangunan empat tingkat mengandungi Surau j-QAF, Bilik Kemahiran Hidup, Dewan Terbuka, Bilik Disleksia, Bilik Darjah
0 comments:
Post a Comment